Rabu, 31 Maret 2010

Seminar “Penguasaan Sains Sebagai Suatu Kefarduan: Ke Arah Penyuburan Budaya Ilmu Yang Islami

Tarikh: 13 – 14 Februari 2007
Penyelaras : Dr. Mohd Zaidi Ismail
Seminar ini bertujuan (i) menjelaskan hubungan antara ‘sains’ dan ‘ilmu’ sebagaimana yang difahami dalam Islam berbanding dengan kefahaman dalam peradaban-peradaban yang lain, khasnya Tamadun Barat Moden; (ii) memperincikan peranan pengkelasan ilmu kepada fardu ain dan fardu kifayah dalam merencanakan suatu sistem pendidikan dan program pembudayaan yang benar-benar memberikan kesan yang bermanfaat bagi umat Islam; dan (iii) memberikan kefahaman yang jelas tentang perbezaan antara penyuburan budaya ‘saintifik’ dalam masyarakat dan gejala ‘saintisme.’

Seminar on “The Mastery Of Science As A Religious Obligation: Towards Nurturing An Islamic Culture of Knowledge”

This seminar aims at (i) clarifying the relation between ‘science’ and ‘knowledge’ as understood in Islam in comparison with the understanding of other civilizations, particularly the modern Western civilization; (ii) discussing in detail the role of the classification of knowledge into “religious obligation for individuals-as-individuals” (fardu ain) and “religious obligation for individuals-as-members of the community” (fardu kifayah) in planning for an educational system which has positive impacts on the Islamic community; and (iii) explaining the difference between being ‘scientific’ and nurturing it as a culture, and being ‘scientistic.’

2. Seminar Kebangsaan “Pemerkasaan Televisyen dan Peralatan Komunikasi Sebagai Saluran Berkesan Dalam Mendidik Masyarakat”
Tarikh : 20 – 21 Mac
Penyelaras : Dr. Mohd. Sani Badron
Seminar ini akan membincangkan: (i) kepentingan televisyen dan peralatan komunikasi sebagai institusi sistem dalam masyarakat kontemporari; (ii) potensi dan keupayaan televisyen dan peralatan komunikasi dalam mendidik masyarakat; (iii) penilaian kritis terhadap sejauhmana televisyen dan peralatan komunikasi masa kini telah berperanan dalam mendidik masyarakat; dan, (iv) hala-tuju dan gerak-kerja rancangan televisyen dan peralatan komunikasi sebagai sistem mendidik masyarakat.

National Seminar on “The Empowerment of Television and Communication Tools As Effective Mediums In Educating Society”
This seminar will: (i) discuss the importance of television and communication tools as contemporary social institutions; (ii) identify the potentials of television and communication tools as mediums to educate society; (iii) critically evaluate, the role of present-day television and communication tools in educating society; and, (iv) suggest a way forward for television programmes and communication tools in order to effectively educate society.


3. Seminar “Mengurus Kejayaan Menurut Pemahaman Seorang Islam”
Penyelaras :En. Muhammad Hisyam Mohamad
Tarikh : 17 – 18 April 2007
Kejayaan dalam apa bidang tidak datang dalam sekelip mata. Ia mengambil masa. Begitu juga dengan kegagalan. Ia boleh muncul bila-bila masa dan menyebabkan kejayaan yang kecapi hilang dalam sekelip mata juga. Kegagalan organisasi mengurus kejayaan yang dibina sekian lama kebanyakannya berpunca daripada salah laku pihak pengurusan serta tadbir urus yang tidak cekap. Jadi apakah rahsia untuk kekal berjaya? Persoalan ini akan terjawab melalui seminar ini di mana ia akan memfokuskan agenda-agenda berikut yang dilihat menerusi pandangan hidup Islam :
1. Asas kepada kejayaan yang berterusan organisasi korporat mahupun bukan korporat;
2. Cara mengurus kejayaan supaya ia berterusan;
3. Perkongsian rahsia kejayaan beberapa buah organisasi terkemuka negara; dan
4. Bagaimana untuk mengurus kegagalan supaya organisasi bangkit dari kegagalan tersebut dan mencipta kejayaan.







Seminar on “Success Built To Last : A Muslim Interpretation’
Success in any undertaking does not come overnight, it takes time to develop. Likewise, failure may in the blink of an eye also destroy success. In some cases, mismanagement and poor governance become the central features in the failure of an organisation. How to ensure success built to last? This seminar seeks answers to these and other questions as it will focus on the following agendas in accordance with muslim interpretation:
1. Foundations of sustainable success of corporate and non corporate organisation;
2. How to manage success in order to preserve its continuity;
3. Secrets to an organisation’s success – knowledge- sharing with some reputable establishments;
4. How to handle failure and return to the path of success.

4. Seminar “Interpreting World Civilizations”
Penyelaras : En. Mohd Roslan Mohd Saludin
Tarikh : 7 – 10 Mei 2007
Salah satu cabaran besar yang dihadapi oleh manusia dalam hubungan antara
agama adalah disebabkan kegagalan memahami maksud sebenar ajaran agama
masing-masing dan peranannya dalam kerangka kehidupan semasa.
Oleh yang demikian seminar Interpreting World Civilizations yang bertemakan “Faham Kemanusiaan: Seruan Kemanusiaan Dari Perspektif Kristian dan Muslim” diharap akan melunaskan matlamat berikut:

i) Semua pihak bermuhasabah dan bersamahah dalam usaha bersama membentuk nilai sejagat berdasarkan ajaran dan faham sebenar ajaran agama masing-masing.
ii) Untuk menyatupadukan dan menyeru manusia kejalan agama dan kepercayaan dalam menyelesaikan kecelaruan manusia berkaitan keadilan sosial, maruah, kebebasan dan akhlak.

A Seminar on “Interpreting World Civilizations”

One of the biggest challenges to humanity where inter-faith relations are concerned, is the failure to understand and interpret each respective religion doctrines and applying them to contemporary life. As a result of this failure, it becomes difficult to create understanding and nurture respect among the different faiths.
This seminar on Interpreting World Civilizations along the theme "Humanity In Context: Muslim - Christian Perspectives On The Vocation Of Human Beings" will envisage the following objectives:
i) That each finds restraint and indulgence in a joint effort to promote values common to both religions based on the true teachings and correct interpretations of their respective scriptures.
ii) To unite and call upon humanity to the way of religion and faith in
addressing issue surrounding social injustices, human dignity, freedom and morality.



5. Seminar Kebangsaan “Penjanaan Pendapatan Untuk Wanita Melalui Aktiviti Kitar Semula”
Penyelaras :Pn. Siti Fatimah Abdul Rahman & Pn. Azrina Sobian
Tarikh : 12 – 13 Jun 2007
Seminar ini akan membincangkan tentang: (i) peranan wanita dalam pemuliharaan alam sekitar; (ii) amalan kitar semula di kalangan wanita di Malaysia; (iii) kejayaan beberapa pengusaha wanita dalam industri kitar semula; (iv) idea untuk menggalakan wanita terlibat dengan industri kitar semula di kawasan komuniti untuk menjana pendapatan; dan, (v) kejayaan penjanaan pendapatan melalui industri kitar semula.

National Seminar on “Generating Income For Women Through Recycling Activities”
This seminar will discuss: (i) the role of women in conserving the environment; (ii) the practice of recycling among women in Malaysia; (iii) the success stories of a few women entrepreneurs in the recycling industry; (iv) the idea of encouraging women to be involved in recycling industries in their neighborhoods as a means to generate income; and, (v) the success stories associated with generating income through recycling industries.





6. Seminar “Ke Arah Memperkasakan Institusi Fatwa Dan Mufti”

Tarikh : 19 – 20 Jun 2006


Seminar akan menyorot institusi fatwa dan mufti di masa silam, menganalisa kedudukannya di masa kini dan melihat peranan dan cabarannya di masa akan datang. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam tentang kedudukan, kepentingan dan kewibawaan institusi fatwa dan peranan mufti dalam sesebuah masyarakat sepanjang sejarah umat menyongsong zaman; mendedahkan persoalan-persoalan berkaitan dengan pengurusan dan pengeluaran fatwa, peranan maqasid al-syari’ah dan penggunaan beberapa kaedah fiqh seperti al-hajah, al-maslahah dan al-darurah dalam pengeluaran fatwa, khususnya dalam menangani isu-isu semasa; mencari penyelesaian kepada beberapa cabaran yang dihadapi institusi fatwa pada masa ini di kedua-dua peringkat negeri dan kebangsaan; dan berusaha mendapatkan cadangan dan pandangan bagi memperkasakan institusi ini pada masa-masa akan datang.

Seminar “Towards Empowerment of the Institutions of Fatwa and Mufti”
This seminar will study the institutions of fatwa and mufti in the past, examine its present status and look into the continuity of its roles and challenges in the future. The seminar aims to enhance public awareness with regard to the status, significance and authority of these institutions in any particular Muslim community throughout history; to raise questions pertaining to the management and derivation of fatwas, the roles and objectives of law, the application of a number of legal methodologies concerned with need, public interest and necessity, especially in addressing current issues; seeking solutions to the challenges confronting fatwa institutions at present, both, at the State and Federal levels; and to gather suggestions and consider opinions to strengthen the institution in future.




7. Persidangan Antarabangsa Mengenai “Peranan Negara Islam
Dalam Dunia Sejagat”
Penyelaras : Dr. Mohd. Sani Badron
Tarikh : 17 – 18 Julai 2007
Persidangan ini akan membincangkan: (i) kaedah strategis untuk menyuntik semangat baru kepada umat Islam dalam konteks sejagat; (ii) tatanan ekonomi dan kewangan yang wajar bagi negara-negara Islam dalam konteks sejagat; (iii) pendidikan dan modal insan di negara-negara Islam; (iii) pengurusan keamanan dan konflik sejagat; (iv) halatuju sains dalam negara Islam; (iv) masa depan kesenian, senibina dan bahasa-bahasa Islam; dan, (v) penilaian kritis terhadap sistem keadilan dalam negara-negara Islam semasa.

International Conference on “The Role Of Islamic States In A Globalised World”
This conference will discuss: (i) the strategic modus operandi of revitalizing the Muslim ummah within the global context; (ii) the economic and financial systems to suit the globally contextualized Islamic States; (iii) education & human capital of Muslim countries; (iv) the management of global peace and conflicts; (v) the orientation of science within the Islamic State; (vi) the future of Islamic art, architecture and languages; and, (vii) the critical evaluation of the administration of justice in contemporary Islamic States.



8. Seminar “Ahmad Ibrahim: Sumbangan dan Pemikiran Ilmiah”
Penyelaras : Dr. Wan Azhar Wan Ahmad
Tarikh : 21 – 22 Ogos 2007
Seminar merupakan sebahagian daripada usaha-usaha penulisan semula “Projek Penyelidikan Biografi Professor Ahmad Ibrahim” yang telah dimulakan oleh IKIM beberapa tahun lepas. Seminar ini antara lain bertujuan mengumpulkan satu bank data maklumat dan sumbangan bertulis tentang pelbagai aspek personality dan kehidupan Ahmad Ibrahim berdasarkan pengalaman pelbagai individu yang pernah berinteraksi dengan beliau; dan yang lebih penting, pemikiran intelektual dan ilmiah yang dicernakan dari senarai panjang karya-karya beliau. Tumpuan akan lebih diberikan kepada idea intelektual dan sumbangan keilmuan Ahmad Ibrahim di persada keilmuan negara, khususnya yang bersangkutan dengan isu-isu kehakiman perundangan tanah air, baik Islamik mahupun sivil. Beberapa tema dan topik atau isu khusus akan ditentukan dan para bakal pembentang akan diminta menulis sejajar dengan topik-topik dan tema-tema berkenaan. Bagaimanapun beberapa aspek tertentu yang mungkin terkeluar dari tema atau topik yang bakal ditentukan di atas dan mungkin tidak pernah dibincangkan atau tidak dianalisa dengan wajar atau sistematik sebelum ini akan turut diberi perhatian.

Seminar “Ahmad Ibrahim: His Contribution and Intellectual Thought”
This seminar constitutes part of the “Projek Penyelidikan Biografi Professor Ahmad Ibrahim” undertaken and initiated by IKIM. Among the objectives of this seminar is to establish a data bank of information and written material on various aspects of Ahmad Ibrahim’s personality and life based on personal encounters with individuals having interactions with him; and more importantly, his intellectual and academic thought extracted from his long list of writings and works. More focus will be given to Ahmad Ibrahim’s intellectual ideas and academic contributions to the academia of this country, especially in the realm of the judiciary, both Islamic and civil. A few themes and specific topics or issues will be determined and prospective presenters will be asked to write and construct their writings in accordance with the themes and topics.

9. Seminar Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat Menurut Pandangan Islam
Penyelaras : Pn. Norkumala Awang
Tarikh : 4 – 5 September 2007
Seminar ini akan membincangkan tentang i) gaya hidup kini yang mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan masyarakat ii) amalan pemakanan dan tatacara penjagaan kesihatan yang ideal menurut Islam iii) isu pemakanan dan kesihatan awam iv) kaedah rawatan perubatan alternatif untuk kesihatan
Seminar on “A Lifestyle of Nutrition And Health From an Islamic Perspective”
This seminar will discuss: i) the current lifestyle affecting health and well being of a community, ii) ideal dietary habits and health care methods from an Islamic perspective iii) nutrition and public health issues; and iv) the healing methods of alternative medicines in enhancing health.




10. Seminar “Modal Insan Untuk Pembangunan Mapan”
Penyelaras : En. Md. Asham Ahmad
Tarikh : 30 – 31 Oktober 2007
Kesungguhan kerajaan Malaysia membangunkan modal insan mesti didokong oleh suatu bentuk kerangka falsafah yang kukuh dan plan bertindak berdasarkan kepadanya. Jika tidak tenaga dan wang ringgit yang bakal dicurahkan tidak akan membuahkan hasil yang diharapkan kerana tidak cukup kefahaman dan perancangan. Kita tidak boleh menceduk bulat-bulat apa yang telah dilaksanakan di tempat lain tanpa mengambilkira suasana dan keperluan masyarakat kita kerana kita sepatutnya mencorakkan halatuju pembangunan kita berdasarkan acuan kita sendiri. Bagi mencapai tujuan itu, dan sejajar dengan pendekatan hadhari yang dikemukakan oleh kerajaan, sistem pendidikan negara perlu dirombak. Inilah perkara utama yang ingin dibincangkan dalam seminar ini.

Seminar on “Human Capital For Sustainable Development”

The government's efforts to develop human capital should be based upon a solid philosophical framework and its derivative plan of action. Otherwise, all efforts and money allocated for that purpose would be in vain for lack of understanding and planning. We cannot simply imitate what has been implemented in other countries without due regard to the situation and need in our society, whereas we are supposed to cast our development agenda according to our own mould. In order to achieve this, and in tandem with the hadhari approach proposed by the government, our educational system has to be revamped. This is the main issue the seminar seeks to address.
11. Seminar “Pemeliharaan Sumber Air Dari Pengalaman Tamadun Islam”

Penyelaras : En. Abu Bakar Yang
Tarikh : 13 – 14 November 2007
Air adalah anugerah Tuhan yang sangat penting kepada makhlukNya, dan merupakan komponen yang penting dalam kehidupan manusia. Kewujudan sumbernya yang terhad, disertai dengan kemusnahan dan pencemaran, menyebabkan timbulnya berbagai masalah terhadap bekalan air bersih untuk kegunaan manusia. Oleh hal yang demikian, seminar yang diadakan ini cuba melihat tanggungjawab manusia sebagai khalifah di mukabumi dalam usaha menguruskan anugerah Tuhan yang penting ini. Antara matlamat seminar ini ialah: i. Memberi pendedahan kepada umum tentang bagaimana tamadun Islam yang lalu menguruskan sumber airnya. ii. Menanam kesedaran umum tentang kepentingan alam sekitar yang bersih dan sihat. iii. Mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan pengurusan air di Malaysia. iv. Menyedarkan masyarakat akan keutamaan dan kepentingan sumber air negara sebagai salah satu aset penting dalam pembangunan negara.
Seminar on “Conservation of Water Resources From The Experience of the Islamic Civilization”

Environmental issues have long been discussed and a lot of efforts have been taken, yet the environmental crisis is getting worse day by day. Effective action appears questionable. One of the efforts which seems to be effective in curbing this problem is through the enactment and implementation of more stringent regulations. To serve this purpose, this workshop will try to achieve the following objectives; (i) to evaluate the effectiveness of the current regulations, (ii) to formulate a more effective way of implementing those regulations, (iii) to provide an effective channel for the masses to interact with the government in efforts to preserve the environment.

12. Pertandingan Debat Peringkat Awal – 19 hingga 22 November 2007

13. Pertandingan Debat Peringkat Akhir – 27 November 2007
















14. Bengkel “Dialog Agama Dan Peradaban Sebagai Suatu Sains: Sejarah, Pengalaman Semasa Dan Masa Depan”
Penyelaras : Dr. Mohd Zaidi Ismail
Tarikh : 11 – 12 Disember 2007
Bengkel ini bertujuan (i) membincangkan perkara-perkara tentang agama dan peradaban yang sesuai didialogkan dalam konteks masyarakat dan negara yang memiliki penduduk daripada pelbagai agama, kaum dan budaya; (ii) membahaskan tabiat, tujuan, rupa-bentuk, kaedah-kaedah dan keahlian dialog—ringkasnya, unsur-unsur yang mencirikan ‘dialog’ sebagai suatu sains; dan (iii) menimba pelajaran daripada sejarah dan tradisi keilmuwan Islam untuk benar-benar memahami keadaan semasa demi melakar masa depan dialog agama dan peradaban yang berfaedah.

Workshop on “Interfaith And Civilizational Dialogue As A Science: History, Contemporary Experience And The Future”
This workshop intends to (i) discuss matters regarding religion and civilization which can be subject-matters of dialogue in the context of a society or a country that is multi-religious, multi-racial and multi-cultural; (ii) debate the nature, objectives, forms, methods and membership of a dialogue—in short, constitutive elements of ‘dialogue’ as a science; and (iii) learn from Muslim history and its intellectual tradition in order to really understand the contemporary scenario in an attempt to chart a future beneficial to both interfaith and civilization dialogues.

Pusat Perundingan & Latihan IKIM (PPLI)
1. Bengkel Penulisan Siri 1&2
Bengkel ini dirangka khusus untuk melatih para bertujuan untuk menyampaikan idea yang logik dan prolifik melaui medium penulisan, mengatasi ‘mental block’ dalam proses penulisan, mengetahui perkembangan semasa dunia penulisan, teknik pengeditan dan bacaan pruf, menambah jaringan kenalan penulis, tip-tip bagaimana memperbaiki karya penulisan dan pulangan kewangan dalam kerjaya penulisan.

Writing Workshop Series 1&2
This workshop is designed specifically to train the participants on how to deliver logical and prolific ideas through writing, prevent mental block, update with the world of writing, editing and proof reading techniques, increase writing networking, tips on how to improve writings and get them published.

2. Bengkel Ketarasedar Dari Sudut Pandangan Islam
Ketarasedar ialah keadaan fitrah manusia yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Keadaan ini boleh didalami dan dibangunkan melalui kaedah latihan yang sesuai. Ketaraan sedar ini dianggap sebagai menghidupkan rasa supaya merasai wujud dan tahu dalam keadaan melaksanakan tindakan yang memberi kesan dan faedah. Bengkel ini bertujuan untuk membincangkan secara meluas bentuk-bentuk ketaraan sedar dalam pendekatan kejiwaan dan secular dan bagaimana ia boleh digunapakai dalam kehidupan seharian.
Workshop On Mindfulness: An Islamic Perspective
Mindfulness is another natural state of human consciousness that is unknown to people in general. It can be discovered and cultivated by suitable training methods. It is characterized by a keen sense of being inwardly present in the here and now. This workshop is intended to discuss a broad range of ideas from both the spiritual and material aspects and their application in the context of life.


3. Menjamin Kejayaan Berkekalan
Modul ini bertujuan untuk mendedahkan para peserta bagaimana membina dan memastikan kejayaan yang diperolehi dalam aspek kuasa, kekayaan, dan kemasyhuran (3K) dapat dikekalkan. Modul ini sesuai dihadiri oleh individu dan pengurus syarikat untuk mendapat gambaran bagaimana pendekatan Islam memantapkan unsur 3K tersebut.


Ensuring Success Built To Last
This module is meant to expose participants to creating and ensuring their success, in the context of power, wealth and fame, is built to last. The module is intended for individuals and managers of companies who are keen to familiarize themselves with an Islamic approach in reinforcing the three elements above.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar